Thursday 27 December 2012

PLKN, be positive and it's fun


Assalammualaikum :)
Straight to the point, kali ni aku nak share ngan korang psal PLKN. Wah! Tengok gamba pon dah tau kan..haha.. Ak bukan ape, but ak just nak naikkan semangat n motivasi utk lepasan spm 2012 yg terpilih utk join plkn siri 1 awal taun depan ni, sbb ak tau mse korang dpt tau korang terpilih utk msuk plkn tu mesti mcm2 perkara negatif menerkam minda korang, kan? Tambah plak ngan setengah kengkawan yg x habis nk mengutuk dan ckp padan mukan lagi la melemahkan semangat korang. Btol tak? So kali ni ak nk bgtau kat korang yg terpilih ni, betapa bertuahnya korang dpt join plkn ni dan dlm masa sama ak nk sedarkan yg x pegi ni betapa ruginya diorang terlepas join plkn ni. Haa..
Jom ak share pengalaman aku psal ape yg best kat plkn ni.

 Ak dulu dpt Kem PLKN akademi kepimpinan segari, kat Manjung, Perak. Tempatnya bkn berhampiran hutan, tp memang betul2 dlm hutan. Tp standard la kan, ak rasa hampir semua kem pon buat kat tempat2 pedalaman mcm tu. 
Standard ar kan, kata nak carik pengalaman hidup. Takkan asyik nak hidup bawah air cond je, skali skala kne la rasa pengalaman hidup kat tempat yg mcm ni.Bila kita rasa sendiri kesusahan, baru kita akan lebih hargai nikmat kesenangan.

 1 januari 2012, inilah lah tarikh keramat ak mendaftar secara rasminya sebagai pelatih plkn. Masa dlm perjalanan dari stadium shah alam (tempat berkumpul) menuju ke kem tu, ak dan pelatih yg lain jugak diberi elaun perjalanan sbanyak RM15. Haha..galakan awal kot nk bg hilang cket rasa takut tu..

Sepanjang perjalanan, biasanya time ni semua tersipu-sipu lagi sesama pelatih, x kenal la katakan, pastu ade bangsa lain plak tu..hahaha..(tp korang tunggu je la hujung kem nak balik nanti or masa cuti pertengahan nanti, bila masing2 dh rapat dlm bas tu kalau x bising x sah :p) 
Dlm 4 jam akhirnya smpai la kat kem. Masa mula2 sampai ni, korang kne mula biasakan diri la dgn bahasa kasar atau layanan tegas yg jurulatih tu bg kat korang. Ak rasa meman jurulatih ni sengaja tegas dan menegking dari awal supaya korang akan cepat terbiasa ngan style kat plkn tu.  
WIRA & WIRAWATI, wah..ni la gelaran dan panggilan utk korang spanjang menjadi pelatih PLKN ni. Masa daftar, korang akan dibahagikan kepada 4 kompeni. Nasib la sama ada korang dpt Alpha, Bravo, Charlie atau Delta. Kompeni ni penting tau, sbb hampir semua aktiviti yg dibuat adalah mengikut kompeni. Korang akan berjuang atas nama kompeni, so korang berdoa la supaya korang dpt kompeni yg bleh serasi ngan korang. Pelatih kumpulan 1 ni plg ramai biasanya berbanding kumpulan2 atau 3. Dan kebanyakan pelatih kumpulan 1 ni, datangnya daripada sekolah2 mcm MRSM dan SBP. 
 Berbalik kepada cerita daftar td, mse hari pendaftaran ni jugak korang akan dibekalkan dgn pakaian plkn keramat korang, haha..kasut sukan, kasut kelas, Baju sukan n seluar trek, baju kelas n seluar kelas, n plg best, set lengkap baju loreng. tapi awas! Haha..baju loreng xbleh bwk balik pon nanti, yg lain2 tu boleh la. Masa nak bagi2 baju ni memang x dinafikan agak serabut la, korang nak kne try size semua pastu dengan pelatih yg ramai kne beratur panjang x ingat punyalah, dgn korang masih terkejut dgn suasana baru lagi,  tp x kisah la kan. Yg penting smpai sana, korang chill saje! Jgn stress, homesick cket2 tu memang akan ade la cket2 msa hari-hari awal korang kat sana. Tp in shaa Allah, dlm sminggu korang akan mula seronok kat sana. 

Haa,,satu perkara menarik yg mesti budak2 laki tertanya-tanya, rambut! Wajib botak ke? Of coz la..haha..kalau masa daftar tu xpe je kalau korang x botak lagi, die akan botakkan jgak kat sana. Sepanjang ak kat plkn tu, cuma dua kali je die botakkan. Masa mula2 daftar n mse pertengahan kem tu. Ok ape botak? Jimat masa nak sikat rambut, haha..korang jgn risau, xde ape nk segan sbb dh smpai sana semua botak sama je.

Nampak x kesamarataannya di situ? kahkhakkah.. :D

Oke now pasal aktiviti pulak. Haa..mesti korang ramai yg terfikir kan apa la agaknya aktiviti yg korang buat selama 2 bulan setengah kat situ? K ade beberapa modul yg korang kne habiskan, antaranya modul fizikal (aktiviti lasak) , modul kenegaraan (mcm pendidikan sivik, dlm kelas) dan modul khidmat komuniti (aktiviti dgn masyarakat luar).

Ops, sebelum ak cerita lebih lanjut pasal modul sume tu, ak nk bgtau dulu rutin harian korang kat sana. Utk weeekdays, korang akan ade roll-call setiap pagi, kalau kem segari ni 6.30. Tempat lain pon lebih kurang je kot, bergantung pd kem la. Korang akan berbaris dlm kawad, leader akan ambik bilangan kekuatan korang sume, then akan ade la xtvt mcm senaman pagi, atau apa saja aktiviti kecergasan, bergantung kat jurulatih korang la nk buat ape. Then baru sarapan. Haa..lagi satu, dari satu tempat ke satu tempat korang perlu berbaris dan berjalan dlm kawad. Mula2 memang leceh, tp lama2 bile dh terbiasa benda tu jd cam xde pape pon. No worries!

Waktu malam pulak, pon bergantung. Antara xtvt regular waktu malam tayangan video (bkn filem tau, cuma drama melayu yg korang perlu apply pengajaran die dlm klaz..hakhak), taklimat atau ceramah, dan persediaan utk program esoknya. Penah skali, kitorang karaoke tau. Haha! Tp yg ni skali je, tu pon sbb esoknya kne msuk hutan, so jurulatih bg pluang kitorang bersantai utk malam sebelum tu. Psal pkaian waktu malam, bergantung pada kem, kalau kem segari ni, malam heaven jugak la, pakaian bebas. Jeans boleh, tp track suit x boleh. Ak surprise jugak sebenarnya boleh pkai jeans kat sini, hahaha..ok la tu kan, kata lepasan spm. Bkn budak sekolah lagi ye x? Haha, tp lelaki baju msuk dlm cam biasa la.. Waktu malam la korang bleh rasa nk bergaya cket, terutama lelaki, walaupon rambut korang dah x brapa nak ade gaya..hahahah.. :D


Ini pulak adalah gamba masa majlis pelantikan ketua keseluruhan dan ketua kompeni dan jgak assistance. Nampak x betapa seriusnya muka kitorang? Haha..bukannya ape, sbb dlm majlis ni ade kem komandan, dan kalau kitorang buat bising dlm majlis ni kitorang dijanjikan denda yg menyakitkan oleh jurulatih. So sapa nk sakit an? Haha..jd berdisiplan tahap dewa la kitorang dlm majlis ni.

Ok now mai nk habaq pasal modul plak. Salah satu modul yg ak sebut td is modul khidmat komuniti. Antara aktiviti yg korang akan buat nanti, membersihkan kawasan kampung, dan lawatan ke agensi tertentu. Mcm kem segari, die buat lawatan ke Perak FM. Sgt best la..dan pengalaman peribadi aku masa lawatan tu, ak terpilih bersama beberapa pelatih lain utk ditemu ramah dalam studio. Rasa cam artis pon ade...haha..tp bkn live broadcast, diorang buat recording je la utk segmen2 tertentu yg diorang akan siarkan.



Ni plak gamba mase kami buat khidmat komuniti kat salah sebuah kampung di daerah Manjung. Memg best dan sgt bermakna la..kami masing2 diberi keluarga angkat utk sehari, dan dlm masa sehari tu ktorang akan tolong la bersihkan rumah sambil dgr cerita2 diorang. So bila kita dgr cerita2 org yg kurang bernasib baik daripada kita ni, korang akan rasa bersyukur betapa bertuahnya hidup korang sebenarnya..dan lagi satu yg korang akan buat dlm modul ni ialah derma darah. Rasa seronok jugak la dpt peluang berbakti ni, hidup korang akan rasa lagi bermakna, kalau mcm aku ni nak tunggu pergi klinik utk derma sendiri rasanya memang tak la..



Xde la sakit sebenarnya, seronok ade la. Lagipon bile derma ramai2, kurang la nervous tu..haha..
Dan yg ni plak, mse sambutan maulidur rasul kat sebuah masjid berhampiran kem..

Macam2 kan xtvt yg best dan bermakna? So jgn rasa rugi kalau korang terpilih utk join PLKN ni..bukan lama pon.. Bia la mulut jahat kawan2 korang tu nk ckp buang masa la, nanti hitam la, buang masa cuti la..tu suma hasutan2 dengki dan saja nk jatuhkan smangat korang, so just ignore it.
Kalau stakat nk pegi shopping mall ke, cuti sana sini ke, bila2 pon boleh.. Tapi, xtvt kemasyarkatan cmni, bkn slalu..silap2 skali je seumur hidup. So hargai dan manfaatkan sepenuhnya peluang yg korang dpt..

K now nak sentuh cket plak psal modul fizikal. Flying fox antara yg best, dan hujung kem korang akan ada satu malam yg korang perlu tidur kat hutan. WIRAJAYA, ni kemuncak latihan korang la kat sana. Lepas abis wirajaya ni, korang akan rasa satu KEPUASANNN yg x terhingga..


yg atas tu masa persediaan belaja memasak sebelum masuk hutan, dan yg bawah tu mse tunggu giliran nk main flying fox. Suma muka excited :D


ni pagi muka tengah bersemangat nak msuk hutan utk progran Wirajaya :D hakhak (dan hari ni darah banyak disedekah kepada pacat..haha)



memasak dlm hutan! Telur dan sardin was never this good. Hahaha :D
Senan cter memg seronok dan best. Nk cter memang xkan habis, korang kne rasa sendiri k :)

Now kte cter pasal lagi satu modul, yg ak kategorikan sebagai modul plg santai iaitu modul kenegaraan. Modul ni diajar dalam kelas. Santai je, dan waktu dlm kelas la waktu korang paling boleh rileks. Kalau kat padang kawad dh banyak stress dan penat kan..hakhak..
Kebanyakan kandungan die mcm pendidikan sivik, mcm keanak-anakan cket tp layan je la..bile lagi nk rapat ngan kawan2 lain bangsa kan, time ni la :) utk lelaki tu, amoi ade tau dlm klaz. Haha,,so control macho cket :D haha..


kalau korang prasan kan, banyak gamba dlm ni sume pelatih senyum. Tu makanya ape, diorang seronok la kan? So kepada bakal pelatih yg tengah baca ni, kalau korang nk seronok jugak kne la sentiasa positif k :)

Ok now dh nk smpai ujung, nak cerita mse penutup plak. Masa penutup ni, konfem korang akan rasa satu nikmat kepuasan yg x terhingga. Gila x seronok?? Lepas korang penat lelah buat xtvt mcm2, ni la masa korang nk raikan kejayaan korang menamatkan latihan plkn, mcm graduasi la..haha.. :D Maasa penutup, akan ade pertandingan kawad dan jgak persembahan tertentu. Memang kne berjemur cket, tp korang akan rindui kepanasan sinaran mentari tu sebab ni la kali terakhir korang akan bersinar di bawah matahari sebagai seorang pelatih PLKN. Masa dh habis perbarisan tamat tu, korang akan melalak menjerit meneriak kepuasan, korang akan salig berpelukan antara satu sama lain, air mata pasti akan mengalir, jika tidak di mata, di hati pasti.



Pagi sebelum perbarisan penutup..


semasa perbarisan penutup..

selepas perbarisan penutup..
fuuh..masa ni tuhan je tau mcm mana rasa seronok n puas kitorang rasa mse tu..

So kesimpulannya, xde ape yg rugi masuk PLKN ni. Masa korang akan diisi dengan banyak benda yg bkn skadar bermanfaat, tp yg lebih penting, ia sesuatu yg amat bermakna. Penat memang betul, gelap pon akan ade la sikit, kne marah pon selalu, tp semua tu sementara je kan?
Penat? boleh hilang.
Gelap? akan semulajadi cerah balik
Kne marah? normal la, xkan nk dimanjakan je sepanjang masa
ILMU DAN PENGALAMAN YANG KORANG BELAJA? In shaa Allah, kekal dan korang boleh manfaatkan sepanjang hidup korang. :)

kesimpulannya, PLKN mengajar apa itu
KEBERANIAN

KEPIMPINAN

TANGGUNGJAWAB

PERSAHABATAN

PERPADUAN

PERCINTAAN? Ehh..bukan2..hihihi :D just kidding
 

BE POSTIVE, N THE JOUREY WILL BE FUN!
SUCCES IS NOT A DESTINATION, IT'S A JOURNEY :)
GOOD LUCK BAKAL2 PELATIH PLKN SETERUSNYA 
 
"..carilah ilmu sebanyak mungkin di sana, dan manfaatkan ilmu itu sebaiknya selepas tamat latihan nanti.."


Thursday 13 December 2012

"..Asal aku hepi dan selamat, org lain ape aku kisah?.." Pertimbangan hidup.


Assalammualaikum..
Alhamdulilah..hari ini 1 Safar 1423 Hijrah, tarikh yg sgt cantik dan jatuh pada hari Jumaat. Segala pujian hanya bagi Allah, telah memanjangkan umur saya dan masih mengizinkan saya untuk menulis coretan kali ini dan juga anda untuk masih mampu membaca coretan kali ini. Nikmat kurniaan Allah SWT tidak terkira luasnya, oleh itu janganlah kita terlalu asyik dengan urusan dunia sahaja tanpa meluangkan masa walaupun sekejap untuk muhasabah akan kebesaran Allah SWT. Oxygen setiap hari kita gunakan untuk bernafas, langsung tidak perlu dibayar. Bayangkan, Allah SWT menarik balik nikmat oxygen itu walau seminit, pasti kita akan rasa terseksa. Justeru, rasanya layak ke untuk kita ingkar perintahNya? Nikmat yg diberikan olehNya kepada kita, ada kalanya kita termasuklah saya yang sedang berbicara ini sendiri, menggunakan nikmat itu untuk melanggar perintahnya, astaghfirullahalazim. Moga-moga kita dijauhkan daripada perbuatan seperti itu, dan semoga kita menjadi insan yg lebih baik dari hari ke hari. Istiqamah dalam merubah diri sendiri dan mencari erti sebenar kehidupan.

 Ok, kali ini ingin saya coretkan tentang perkara yang berlaku kepada saya sendiri. Camni, saya ada satu kopiah berwarna putih. Tapi sejak kebelakangan ini, kopiah itu kelihatan tak muat dengan kepala saya, mungkin disebabkan ia telah kecut atau rambut saya yang semaking mengembang, haha..sekadar gurauan, tp bukan puncanya yang ingin saya bincangkan di sini. Lalu terlintas di fikiran saya, nak beli kopiah baru la.

Tetapi, saya masih belum membeli kopiah itu sehingga hari ini, kerana saya sering berfikir berkali-kali setiap kali ingin membelinya. Hal ini demikian kerana saya sering berkira-kira bahawa membeli kopiah itu mungkin memakan belanja sebanyak RM30 untuk mendapatkan yg berkualiti, dan tiada keterdesakan untuk saya membelinya. Tetapi, tiba-tiba saya diilhamkan dengan sebuah muhasabah yg berbisik di dalam hati saya sendiri, "..ape yg aku nak berkira sgt beli kopiah tu? gadget itu ini beratus-ratus aku boleh je beli tanpa fikir banyak kali, berapa la sangat harga kopiah tu..memang la takde perkara yg mendesak, takde kopiah pon boleh sembahyang..betul. Tapi apa salahnya sekali sekala aku belanjakan duit aku yg merupakan rezeki pemberiaan Allah SWT untuk sesuatu benda yg mungkin boleh membuatkan aku beribadah dengan lebih baik.." Syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan saya kesedaran. Perkara ini nampak remeh, tapi sebenarnya ia merupakan satu ideologi kepada gambaran kehidupan kita untuk sesuatu yang lebih besar.

 Berdasarkan pemerhatian saya, realiti kehidupan kita terutamanya remaja seusia pada hari ini, mengamalkan sesuatu kebaikan di anggap pelik dan melakukan kejahatan adalah normal. Untuk itu, golongan musuh-musuh islam dilihat telah berjaya melekakan kebanyakan kita pada hari ini. Adakah kita mahu mereka terus bergelak ketawa melihat kealapaan kita hasil perancangan sulit mereka? Sedangkan di saat kita terus dihanyut hiburan buatan mereka yang sentiasa berkembang dan dibuai tarikan dunia yang penuh perangkap ini, mereka terus meneroka dunia mencari ilmu untuk terus mengawal dunia mengikut perancangan mereka. 

 Di dalam kehidupan berasrama misalnya, apabila seseorang itu dilihat membaca Al-Quran di dalam bilik, akan dilabel 'nak tunjuk baik', atau 'konon-konon insaf la tu'. Sedangkan apabila seseorang yg lain pula dilihat menonton video K-pop sebagai contoh, akan dianggap sesuatu yang normal, dan mengikut trend semasa. Saudara, saya teringat akan sebuah kata-kata, 'kalau kita tak mampu menjadi sebaik seseorang itu, jangalanh pula kita mentertawakannya'. 
Ataupun, satu lagi contoh apabila seseorang itu rajin ke masjid untuk solat berjemaah, akan keluarlah perkataan seperti, "bapak rajin giler kau?", sedangkan itulah amalan yg sgt dituntut dan sepatutnya dijadikan amalan sebagai seorang umat islam. Sebaliknya pula, apabila dalam kalangan kita ada yg tidak solat, apa yg dikata? 'biasa la tu..normal, sensitif wei, jgn tegur' 
Saudaraku, mencegah kemmungkaran dan menyeru kebaikan adalah tanggungjawab sebagai umat islam, cuma adalah perlu untuk kita melaksanakannya dengan cara yg betul. Menegur ada caranya, jika tidak mampu menegur, bencilah dengan hati, dan membenci dengan hati seperti yg disebut dlm sebuah hadis ialah selemah-lemah iman. Saya sendiri, masih berusaha untuk merubah diri sendiri agar sy dpt melakukan sesuatu yg lebih baik terhadap golongan ini terutama rakan-rakan terdekat. Kepada sahabat-sahabatku yg berkenaan, aku bermohon kepada Allah SWT agar kalian dibukakan pintu hati untuk segera melaksanakan ibadah yang merupakan tiang agama ini. Ameen.
Mungkin bagi mereka ini, mereka menjangkakan umur mereka akan sentiasa panjang, justeru ada masa untuk mereka bertaubat apabila mreka tua, ketika itu barulah solat. Mungkinkah? Untuk kita menegur mereka, adalah perlu untuk kita mendalami apa sebabnya mereka mengabaikan kewajipan itu.
Sekadar perkongsian,semoga coretan ini akan sama-sama membuatkan kira membuka fikiran dan merencana sesuatu yg lebih baik. Jangan biar diri kita dilekakan dengan kpop, filem yg mengasyikkan, muzik yg melalaikan, gaya hidup yg penuh kemodenan,, hingga kita lupa akan tanggungjawab sebagai umat islam. Wallahhualam. 

Saturday 24 November 2012

Di mana kecenderungan kita?

Bismillahhirahhmanirahim..dengan nama Allah yg maha pemurah maha pengasih lagi maha penyayang..

Seperti mana yg telah  sy katakan pada coretan sebelum ini, sy akan berkongsi pengalaman pada kali ini tentang bagaimana nilai islam semakin terpinggir dek kerana hidup kita telah berjaya dikuasai dan dipengaruhi dengan gaya dan cara hidup yg melalaikan kita daripada mengingati siapakah diri kita sebenarnya, dan apakah tujuan kita berada di dalam bumi milik Allah swt ini.. Apa yg akan sy ceritakan nanti adalah perkara yg sebenarnya turut terjadi kepada diri saya sendiri. Justeru, melalui penceritaan ini sy mengharapkan agar kita dpt sama-sama muhasabah dan menilai semula di manakah kita letak nilai islam di dalam kehidupan kita. Terlebih dahulu, suka untuk saya memetik sepotong ayat daripada kitab pegangan kita sepanjang zaman, Al-Quran yg bermaksud:


33. Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"


Surah Fushshilat : 33

 Semoga kita tergolong dalam golongan ini, yg sentiasa melakukan amal soleh dan sentiasa menyerah diri kepada Allah swt. 

Baiklah, terus kepada penceritaan yg ingin sy bawakan pada kali ini. 
Sewaktu zaman sekolah sy atau ketika sekarang ini di universiti pon, apabila tibanya musim cuti maka kebanyakan hari kita akan dipenuhi dan diluangkan di rumah. Persoalannya, adakah kita merancang apa yg kita ingin lakukan? Dan jika ada, dalam perancangan kita itu, berapa banyakkah rancangkan kita itu adalah bermatlamat mendekatkan diri kita dengan islam? Ini adalah persoalan yg telah sy timbulkan kepada diri sy sendiri dan secara perlahan membuka mata sy untuk memiliki hidup yg lebih bermakna, yakni dengan berusaha mendekati ilmu islam. Kerana islam itu adalah satu cara hidup, maka perlulah utk kita amalkan ajarannya dlm kehidupan. 
"..masa muda la nak enjoy, nanti dh tua baru la belaja pasal agama ni..", "life start at 60", ini adalah ideologi merbahaya yg sering menjadi pegangan terutamanya golongan remaja. 'Enjoy' sepertimana yg kita tahu, adalah tidak salah. Tetapi yg menjadi masalahnya ialah apabila  'enjoy' itu menyebabkan kita lalai daripada tanggungjawab sebagai hamba Allah. Sebagai remaja, sy juga teramat faham naluri inginkan keseronokan. Namun begitu kehidupan dan gaya hidup kebanyakan remaja pada hari ini meletakkan mereka dlm risiko yg besar untuk semakin jauh daripada islam. Tidak perlu sy ambil contoh org lain, cukuplah sy dijadikan sebagai contoh ape yg berlaku. 

Ini adalah yg berlaku kepada saya (yg mana sy sentiasa berusaha utk mengubahnya). Permainan komputer, panggung wayang, laman sosial, adalah antara perkara yg cukup sinonim dengan kehidupan ramaja masa kini . Malahan kepada remaja yg tidak membabitkan diri dgn perkara sedemikian akan dilabel sebagai 'kolot', 'x reti nk enjoy life' dan sebagainya. 
Permainan komputer? baiklah. Fifa13 adalah game yg cukup famous terutama kepada orang lelaki. In campus life, bermain game itu sehingga lewat malam adalah satu kebiasaan. Dan apabila ini terjadi, sudah pasti ramai yg akan tidur lewat sehingga tertinggal solat subuh. Saya mengaku, ini juga pernah berlaku kepada sy. Lihat? Bagaimana lifestyle play game untill late night ini telah menjauhkan kita daripada Allah swt. Mula2 rasa bersalah, tetapi lama kelamaan apabila menjadi kebiasaan maka meninggalkannya bukanlah satu perkara yg asing. Sedangkan, rasanya semua umat islam tau bahawa solat itu tiang agama. Jika tiangnya tidak kukuh, bagaimana bahagian lain hendak berdiri dengan teguh? 
Situasi game ini nampak cukup mudah, namun haruslah kita sedar, sedikit demi sedikit kita tinggalkan suruhanNya, maka lama kelamaan jarak antara kita dengan pencipta semakin jauh. Walhal sepatutnya kita perlu sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah swt. Sy teringat akan kata-kata yg telah dikeluarkan oleh seorang ustaz, sekiranya seseorang hamba itu berjalan mendekati Allah, maka Allah akan berlari kepada hambaNya itu. Lihatlah betapa besarnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Ustaz di maktab sy dahulu pernah mengeluarkan satu nasihat kepadasy yg mana sy sentiasa ingat kepada nasihatnya iaitu, Allah swt itu sebenarnya sgt dekat dengan kita, cuma kita yg sering mengabaikannya, ibarat bulu mata kita, teramatlah dekat tp kita x dpt melihatnya. (guna maskara tu lain cter la)

Pada suatu hari cuti, selepas bangun pagi pada pkul 12 (pagi ke?), setelah makan kemudian sy berfikir, pasni nk buat apa ek? Tengok tv, main game or layan facebok? Pasti anda yg sedang membaca ini pernah mengalami situsi seperti ini, bukan.. Ape yg ingin sy tekankan di sini ialah, kecenderungan kita dlm aktiviti kehidupan seharian. Dalam perkara2 yg kite terfikir utk dilakukan di saat sedang boring kononnya, ada x kita letak membaca al-quran atau membantu ibubapa (antara perkara yg sgt dituntut dlm islam) sebagai pilihan aktiviti? Jawab dlm hati anda, sama2 kita muhasabah diri. Alhamdulilah jika jawapannya ya.. Jika tidak, ayuhlah kita sama2 mulakan perubahan.
Jangan biarkan musuh-musuh islam di sebelah barat sana khususnya meraikan kejayaan mereka melekakan umat islam dengan segala mcm cara, yg mana cukup halus. 
Mereka ciptakan kita bermacam games, banyak solat yg kita tinggalkan.
Mereka lancarkan laman sosial, pergaulan bebas semakin menjadi kebiasaan,
 Mereka suap kita dengan video muzik artis antarabangsa yg mengasyikkan, saudara mara di palestin kita abaikan.
Mereka sogok kita dengan ideologi pelbagai di dalam filem, ajaran Al-Quran dan sunnah kita ketepikan.
Mereka alunkan kita dengan lagu-lagu cinta yg memuja kekasih, cinta kepada Allah kita entah di mana kita letakkan.
Ayuh saudara maraku bangunlah. Mungkin artikel ini tidak akan mengubah dirimu dengan serta merta. Tetapi jika terdetik dalam hatimu utk lebih mendekati agama Allah swt walaupun sedikit, itu pun sudah cukup bagus. Kerana setiap amalam itu bermula dengan niat. Kita tidak harapkan penagih dadah pada hari ini, esoknya akan menjadi seorang ustaz. Pastinya tidak. Tetapi, berubahlah le arah yg lenbih baik sedikit demi sedikit, moga2 rahmat dan keredhaanNya dpt sama2 kita kecapi. Segala yg sy kongsikan di ruangan ini, dlm masa yg sama juga adalah peringatan utk sy sendiri. Wallahualam.

Friday 23 November 2012

Langkah pertama untuk berubah, adalah sedar!

Assalammualaikum..
Ni adalah kali pertama sy menulis dalam blog ini. Menyedari kecenderungan saya yg gemar untuk meluahkan idea dan pandangan melalui penulisan, itulah yg membuatkan sy membuka blog ini. Sebelum ini sy banyak menulis pandangan dan idea di facebook sahaja, tetapi keinginan untuk lebih serius dlm bidang penulisan membuatkan saya sedar sy perlu mengorak langkah lebih ke hadapan, dan salah satu daripadanya ialah dengan membuka blog. Saya tidak malu untuk menyembunyikan hakikat bahawa suatu hari nanti saya berhasrat untuk menerbitkan buku sendiri. Inshaa Allah.

 Kenapa saya minat sgt dgn penulisan ini? Biasanya seseorang itu meminati sesuatu disebabkan oleh pengaruh org sekeliling, atau mengikut trend, tetapi saya meminati bidang ini adalah kerana saya mempunyai jiwa dalam menulis. Bukan itu sahaja, dengan menulis sebenarnya ia membuka peluang kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab menyebarkan ilmu. Ilmu yang dimanfaatkan adalah salah satu daripada 3 perkara yg tidak akan putus apabila seseorang itu meninggal dunia.Dan semasa menulis tentang sesuatu ilmu kebaikan contohnya, kita sebenarnya beruntung kerana dalam masa yg sama kita telah memperingati diri sendiri tentang ilmu tersebut.

  Hidup ini bukanlah sekadar bangun pagi, makan, tidur, sekali sekala bersiar-siar, pegi sekolah, masuk universiti, bekerja, kahwin, memiliki rumah, beranak cucu begitu sahaja. Tetapi, haruslah kita sedar bahawa ada tanggungjawab yg perlu kita laksanakan di apabila terpilih sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Bermula dengan tanggungjawab sebagai umat islam, sebagai anak, atau mungkin juga sebagai abang atau kakak, sebagai suami atau isteri dan tidak diketepikan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Hidup ini akan jauh lebih bermakna jika kita sedar akan tanggungjawab yg kita pikul dan bukan hidup semata-mata untuk diri sendiri. Pada pemerhatian saya, kebanyakan manusia pada hari ini alpa daripada tanggungjawab mereka khusunya tanggungjawab sebagai hamba Allah adalah disebabkan cara dan gaya hidup kita yg kelihatan seperti telah di 'set' atau distrukturkan oleh golongan barat dan khususnya musuh-musuh islam. Terlalu halus cara mereka hingga kita tidak sedar ia telah sebati dan terpatri dengan padat dalam hidup kita. Ini juga yg berlaku kepada saya sendiri, sebab itu sy boleh berkata sebegini. Saya bukanlah seorang ustaz apatah lagi alim ulama', tp sy cuba becakap berdasarkan pengalaman serta pengetahuan yg sy ada ( yg masih lagi teramat cetek) berdasarkan pembacaan, ceramah yg sy dengari serta kejadian yg berlaku di sekeliling.Sy suka utk menerangkan yg lebih lanjut dalam penulisan sy yg kedua nanti tentang bagaimana kehidupan kita pada hari ini sebenarnya telah banyak dikuasai dan dikawal oleh musuh-musuh islam yg menyebabkan nila-nilai islam semakinn terhakis. Islam itu bukan sekadar menjadi pelengkap IC kita, tetapi perlu utk kita hayati dan amalkan ajarannya. Wallahhualam.